Wednesday, October 28, 2009

ARTIKEL 6

Tajuk: "Convergence of Voice and Data Telecommunications Transmissions". Ia telah Penulis: Bob Cullen (Vice President, Sales & Marketing. Hollingsworth & Vose Company)

Seperti mana bidang-bidang teknologi yang lain yang sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan bagi memenuhi kehendak pelanggan, perkara ini juga tidak terkecuali dalan bidang Teknologi Komunikasi. Perubahan ini adalah perlu untuk dapat terus bersaing dan memenuhi keperluan masyarakat yang sentiasa berkembang. Kita sendiri dapat melihat dan mengalami perubahannya. Secara tidak langsung kita juga mengejar perubahan tersebut.

Sebagai contoh pada ketika dahulu sebelum syarikat telekomunikasi berlumba-lumba memperkembangkan teknologinya, penggunaan telefon hanyalah terdiri daripada golongan elit atau golongan yang berkemampuan sahaja.Tetapi sekarang setelah teknologi cip yang ternyata lebih murah telah membawa demensi baru iaitu telefon merupakan satu keperluan dan mampu dimiliki oleh semua pihak. Kita sepatutnya bersyukur kerana kemajuan bidang teknologi ini telah member faedah yang besar kepada kita.

Dalam usaha syarikat komunikasi memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas maka berbagai jenis teknologi kuminikasi yang kita lihat sangat maju dan memberi faedah yang besar kepada kita. Maka dapat dikatakan bahawa apabila berlaku penawaran dan permintaan ini maka ia merupakan satu pemangkin kea rah kemajuan teknologi komunikasi.

Penciptaan internet dapat dikatakan telah membawa teknologi ke suatu dimensi baru kerana penggunaannya di kalangan masyarakat sangat meluas. Hampir semua bidang kehidupan sekarang ini melibatkan penggunaan Internet. Seperti dalam bidang pendidikan, perubatan dan begitu juga dengan perkhidmatan di jabatan-jabatan kerajaan. Oleh kerana itu kita dapat lihat jumlah penggunaan internet semakin bertambah sabah tahun.

Dengan munculnya berbagai syarikat menawarkan kemudahan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka bersaing member perkhidmatan yang terbaik dan harga yang berpatutan kepada pengguna. Sebagai kesimpulannya kita pengguna dan pemberi perkhidmatan teknologi komunikasi sebenarnya saling membantu dalam mewujudkan kemajuan dalam bidang teknologi komunikasi.

Tuesday, October 6, 2009

Ulasan Artikel 5

Communication Technology Keeps Gettings In The Way Of Communication!
-Helen Wilkie-

Melalui artikel ini penulis cuba mengetengahkan permaslahan atau kesan yang timbul akibat daripada perkembangan bidang komunikasi. Segala kemudahan yang diperolehi daripada perkembangan ini memberikan impak yang tidak pernak kita fikirkan sebelum ini. Sebagaimana yang dikatakan jika Alexander Graham Bell tahu bahawa ini akan berlaku. Beliau mungkin tidak akan mencipta telefon.

Kemudahan E-mail yang wujud sekarang menyebabkan manusia akan berhubung tanpa bersemuka atau dengan kata lain mereka akan menolak untuk bersemuka. Perhubungan tanpa bersemuka ini jika kita amalkan adalah satu cara berhubung yang tidak baik kerana kita tidak dapat menilai keikhlasan orang yang berhubung dengan kita. Ini disebabkan oleh kerana kita tidak dapat melihat air muka atau menilai sesorang daripada bahasa badannya. Berita atau pesanan yang hendak disampaikan juga hanya akan ditinggalkan dalam peti pesanan sahaja. Seolah-olah orang yang kita hendak sampaikan pesanan itu adalag orang yang tidak penting kepada peyampai mesej. Perkara ini jika dibiarkan berlarutan mungkin akan menyebabkan satu masa nanti masyarakat kita akan hilang nilai kasih sayang sesama sendiri dan akan menjadi masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri.

Kemudahan Telefon Bimbit juga dikatakan boleh mengganggu ketenangan orang lain kerana perhubungan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja. pada masa tersebut mungkin individu lain ingin berada dalam suasana yang tenang. Tetapi hal ini tidak diambil kira lagi oleh segelintir masyarakat kita kerana mereka memikirkan bahawa keuntungan adalah lebih penting daripada menjaga hati dan ketenteraman orang lain.

Kemudahan telesidang pula walaupun dapat menjimatkan belanja untuk bermesyuarat di tempat yang jauh. Apa yang kita tidak dapat nafikan ialah bermesyuarat secara terbuka adalah lebih efektif kerana selain daripada membuat keputusan bersama yang baik tetapi ini boleh mengeratkan hubungan sesama insan dan wujudnya kerjasama yang erat dalam sesuatu organisasi.

Semua yang dibincangkan di atas perlu kita renungkan kerana jangan sampai nsatu hari nanti kita kehilangan kemahiran ubtuk berkomunikasi secara bersemuka dan tidak ada lagi perasaan persaudaraan sesama kita. Teknologi adalah sesuatu yang baik tetapi semua itu bergantung kepada kemahiran kita untuk melaksanakannya. "Kita yang membentuk aliran teknologi dan jangan sampai hidup kita dibentuk oleh oleh teknologi yang sedang berkembang."

Sunday, September 6, 2009

Ulasan Artikel 4

The Digital Ages of Man"
Ditulis Oleh : Richard Naish


Generasi zaman millenuim telah terdedah kepada teknologi sejak mereka kecil lagi. Kita dapat lihat sekarang ini kanak-kanak kecil di sekolah rendah pun sudah mempunyai telefon bimbit sendiri. Pelajar-pelajar sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi juga telah mempunyai komputer riba dan semua kelengkapan teknologi komunikasi masa kini. Mereka juga sudah mahir dalam ICT serta mempunyai laman-laman web sendiri. Inilah generasi kita sekarang yang sentiasa peka dengan perkembangan ICT.

Jadi sebagai seorang pendidik adalah penting bagi mereka untuk melakukan transformasi dalam kaedah dan teknik pengajaran mereka. Sebagai contoh E-learning dapat dilihat senagai satu wadah pengajaran yang dapat menarik minat murid ketika ini. Pendekatan begini secara tidak langsung boleh memupuk minat dan kemahiran pelajar dengan lebih berkesan.


Kesimpulan yang dapat saya katakan disini ialah dalam hidup kita sentiasa perlu belajar. Maka bagi seorang pendidik, dia perlu sentiasa belajar untuk memperbaharui ilmu serta pengetahuannya supaya dapat berada ditahap yang betul pada setiap masa. Bagi pihak pelajar pula, walaupun mereka mahir dalam ICT. Mereka sepatutnya menggunakan kemahiran itu untuk kebaikan dan mencapai matlamat untuk berjaya dalam hidup. Jangan sampai teknologi ini akan merosakkan masa depat generasi muda kita.







Ulasan Artikel 3



Facilitating Long Distance Relationship Between Malaysia Granparent (GP) and Granchildren (GC) Living in the UK Through Computer Mediated Communication"
Ditulis oleh : Nazean Jomhari & Sri Hastuti Kurniawan.
(Manchester Business School, University of Manchester, UK)


Secara ringkasnya, pemahaman atau persepsi awal tentang tajuk ini ialah: Hubungan jarak jauh diantara ibu bapa dan anak-anak yang belajar atau berada di luar negara. Kedudukkan yang jauh ini akan mewujudkan rasa rindu dan memaksa setiap individu untuk berhubung dalam jangkamasa yang kerap. Tuntutan inilah yang memaksa atau menyebabkan wujudnya rankaian hubungan yang canggih seperti sekarang iaitu melalui internet. Perkara inilah yang ingin didedahkan melalui artikel ini.

Tidak dapat kita nafikan hubungan kekeluargaan tidak akan terputus walau di mana mereka berada. jarak bukanlah satu alasan untuk tidak berhubung. Pepatah "air dicincang tak akan putus" adalah bertautan dengan situasi ini. Kini masalah ini telah dapat diatasi dengan adanya media komunikasi yang boleh digunakan oleh GP & GC ini iaitu dengan menggunakan internet, vedio confrence, e-mail, yahoo messenger dan sebagainya yang seolah-olah telah memendekkan jarak hubungan ini.

Kita perlu akui itulah kelebihan pelajar-pelajar kita dewasa ini yang sedang menyambung pelajaran mereka di luar negara. Berbanding dengan pelajar kita yang menuntut di luar negara sekitar tahun 70-an. Kerana pada masa itu pelajar-pelajar yang menuntut di luar n
egara begitu sukar untuk berhubung dengan keluarga mereka. Jadi dapatlah kita katakan bahawa teknologi masa kini telah membantu dalam merapatkan hubungan antara ahli keluarga.

Maka kita tidak dapat nafikan bahawa penggunaan komputer sebagai media komunikasi merupakan satu keperluan. Bukan kerana kemudahannya untuk berhubung sahaja, malah kos penggunaanya adalah rendah dan dapat digunakan pada bila-bila masa malah dimana-mana sahaja yang mampu dicapai oleh rangkaian internet.

Sebagai kesimpulannya boleh dikatakan bahawa teknologi komunikasi ini telah memberi sumbangan yang bersar kepada GP & GC ini kerana telah menjadi satu jambatan penghubung yang penting dalam mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menjadi mediun penyampai berita yang berkesan.

Wednesday, August 19, 2009

Blog Pengantar Teknologi Komunikasi

Assalamualaikum... Welcome to my blog. Blog ini adalah bertujuan untuk membuat ulasan daripada artikel yang dihantar oleh Pn. Nurin bagi menyempurnakan tugasan yang ditetapkan dalam subjek Pengantar Teknologi Komunikasi. Saya mengalu-alukan pandangan dan pendapat yang membina daripada kawan-kawan bagi menyempurnakan blog ini.

Friday, August 14, 2009

Ulasan Artikel 2

Highly-Cherished

Bila dikata generasi muda lebih memilih peralatan telekomunikasi daripada bekalan oksigen dalam hidup mereka. Kita jangan salah anggap mengapa mereka peralatan telekomunikasi. Ini adalah perubahan yang telah berlaku zaman sekarang dimana hidup tanpa akses kepada telekomunikasi seperti hidup tidak bernyawa. Kita tidak dapat menolak bahawa peralatan seperti telefon bimbin, komputer riba, kamera digital dan alatan sepertinya adalah sangat penting. Semua ini merupakan satu daripada cara untuk kita dapatkan maklumat dan terus bersaing dengan orang lain dengan lebih pantas dan berkesan.Kita ambil contoh, sebagai seorang pelajar universiti yang perlu mendapat banyak bahan rujukan tentunya perlukan sebuah komputer riba. Komputer riba ini pula boleh digunakan dimana sahaja yang mempunyai kemudahan internet secara wireless seperti kumadahan WiFi. Keadaan ini membolehkan pelajar tersebut boleh menyiapkan tugasannya dengan mudah.Maka tidak hairanlah jika masyarakat kita sanggup menghabiskan wang beribu ringgit untuk mendapatkan peralatan komunikasi ini.Bukan sekadar gaya hidup masa kini tetapi lebih kepada keperluan yang perlu dipenuhi.Dengan sikap 'kegilaan' terhadap peralatan telekomunikasi ini juga kita dapat melihat perkembangan yang cukup besar dalam bidang teknologi komunikasi. sebagai contoh, kita lihat perkembangan dalam teknologi tetefon. Dalam sekelip mata kita dapat melihat berbagai versi telefon telah dicipta. Maka keperluan masyarakat terhadap bidang komunikasi hampir dipenuhi dengan terciptanya tetefon yang canggih.Sebagai kesimpulannya dapatlah kita katakan bahawa peralatan telekomunikasi sekarang ini lebih kepada satu keperluan hidup. Masyarakat tidak dapatmenolak kehadiran teknologi ini ke dalam hidup mereka.Adalah menjadi harapan kita bahawa setiap teknologi dan pambaharuan ini akan memberikan impak yang positif dan seharusnya kita sebagai masyarakat yang bertamadun, menolak unsur-unsur negetif yang boeh berlaku akibat perkembangan ini.
August 11, 2009 8:03 AM

Ulasan Artikel 1

Communicatting For A New Age

Jika dilihat pada tajuk yang diberi kita dapat memahami bahawa apa yang ingin diperkatakan di sini ialah tentang komunikasi dalam era baru atau masa kini. Peranan komunikasi ini juga kita lihat telah berubah dari semasa ke semasa dan jika dibandingkan bidang komunikasi sekarang bukan sekadar sebagai alat untuk menghubung dua insan tetapi lebih kepada satu bentuk medan untuk mendapatkan maklumat dan sebagai satu bidang kerjaya.Pengkelasan yang diutarakan oleh penulis tentang generasi dan bidang komunikasi telah menunjukkan perkembangannya. Sekarang ini penulis menamakan kita sebagai generation Y. Seperti yang kita tahu bidang komunikasi pada zaman sekarang amat pesat dan membangun. kita dapat mengetahui sesuatu maklumat hanya dengan melayari internet di rumah.Setiap bidang institusi pekerjaan juga tidak ketinggalan untuk sama-sama berkembang ke arah teknologi maklumat. Maka bagi sesiapa yang tidak menguasai teknologi maklumat maka dia akan ketinggalan dan dalam bahasa mudahnya beliau akan sukar untuk masuk ke dalam pasaran pekerjaan.Walaupun pada masa yang sama masih ada yang berpendapat bahawa cara berkomunikasi yang lama seperti bersemuka masih berkesan. Kesimpulan yang dapat saya katakan di sini ialahkita seharusnya memahami bahawa di zaman ledakan teknologi maklumat sekarang ini kita seharusnya melengkapkan diri dengan segala pengetahuan yang perlu. Jangan disatu masa nanti kita akan terkial-kial untuk memajukan diri sedang orang lain sudah jauh ke hadapan. Negara kita juga akan terus dikenali diserata dunia jika kita sama-sama berada atau melibatkan diri dalam teknologi maklumat ini.Walaupun kita sebagai Generasi-y yang dikatakan sudah mengetahui atau menguasai teknologi maklumat, kita tidak seharusnya leka dan menganggap diri kita sudah lengkap. Sebaliknya kita harus terus berusaha untuk sentiasa mengetahui perkembangan dalam bidang teknologi. Semoga kita sama-sama dapat merebut peluang yang terbentang luas dalam bidang teknologi komunikasi ini dan terus menjadi satu bangsa yang berjaya.