-Helen Wilkie-
Melalui artikel ini penulis cuba mengetengahkan permaslahan atau kesan yang timbul akibat daripada perkembangan bidang komunikasi. Segala kemudahan yang diperolehi daripada perkembangan ini memberikan impak yang tidak pernak kita fikirkan sebelum ini. Sebagaimana yang dikatakan jika Alexander Graham Bell tahu bahawa ini akan berlaku. Beliau mungkin tidak akan mencipta telefon.
Kemudahan E-mail yang wujud sekarang menyebabkan manusia akan berhubung tanpa bersemuka atau dengan kata lain mereka akan menolak untuk bersemuka. Perhubungan tanpa bersemuka ini jika kita amalkan adalah satu cara berhubung yang tidak baik kerana kita tidak dapat menilai keikhlasan orang yang berhubung dengan kita. Ini disebabkan oleh kerana kita tidak dapat melihat air muka atau menilai sesorang daripada bahasa badannya. Berita atau pesanan yang hendak disampaikan juga hanya akan ditinggalkan dalam peti pesanan sahaja. Seolah-olah orang yang kita hendak sampaikan pesanan itu adalag orang yang tidak penting kepada peyampai mesej. Perkara ini jika dibiarkan berlarutan mungkin akan menyebabkan satu masa nanti masyarakat kita akan hilang nilai kasih sayang sesama sendiri dan akan menjadi masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri.
Kemudahan Telefon Bimbit juga dikatakan boleh mengganggu ketenangan orang lain kerana perhubungan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja. pada masa tersebut mungkin individu lain ingin berada dalam suasana yang tenang. Tetapi hal ini tidak diambil kira lagi oleh segelintir masyarakat kita kerana mereka memikirkan bahawa keuntungan adalah lebih penting daripada menjaga hati dan ketenteraman orang lain.
Kemudahan telesidang pula walaupun dapat menjimatkan belanja untuk bermesyuarat di tempat yang jauh. Apa yang kita tidak dapat nafikan ialah bermesyuarat secara terbuka adalah lebih efektif kerana selain daripada membuat keputusan bersama yang baik tetapi ini boleh mengeratkan hubungan sesama insan dan wujudnya kerjasama yang erat dalam sesuatu organisasi.
Semua yang dibincangkan di atas perlu kita renungkan kerana jangan sampai nsatu hari nanti kita kehilangan kemahiran ubtuk berkomunikasi secara bersemuka dan tidak ada lagi perasaan persaudaraan sesama kita. Teknologi adalah sesuatu yang baik tetapi semua itu bergantung kepada kemahiran kita untuk melaksanakannya. "Kita yang membentuk aliran teknologi dan jangan sampai hidup kita dibentuk oleh oleh teknologi yang sedang berkembang."
No comments:
Post a Comment