Friday, August 14, 2009

Ulasan Artikel 1

Communicatting For A New Age

Jika dilihat pada tajuk yang diberi kita dapat memahami bahawa apa yang ingin diperkatakan di sini ialah tentang komunikasi dalam era baru atau masa kini. Peranan komunikasi ini juga kita lihat telah berubah dari semasa ke semasa dan jika dibandingkan bidang komunikasi sekarang bukan sekadar sebagai alat untuk menghubung dua insan tetapi lebih kepada satu bentuk medan untuk mendapatkan maklumat dan sebagai satu bidang kerjaya.Pengkelasan yang diutarakan oleh penulis tentang generasi dan bidang komunikasi telah menunjukkan perkembangannya. Sekarang ini penulis menamakan kita sebagai generation Y. Seperti yang kita tahu bidang komunikasi pada zaman sekarang amat pesat dan membangun. kita dapat mengetahui sesuatu maklumat hanya dengan melayari internet di rumah.Setiap bidang institusi pekerjaan juga tidak ketinggalan untuk sama-sama berkembang ke arah teknologi maklumat. Maka bagi sesiapa yang tidak menguasai teknologi maklumat maka dia akan ketinggalan dan dalam bahasa mudahnya beliau akan sukar untuk masuk ke dalam pasaran pekerjaan.Walaupun pada masa yang sama masih ada yang berpendapat bahawa cara berkomunikasi yang lama seperti bersemuka masih berkesan. Kesimpulan yang dapat saya katakan di sini ialahkita seharusnya memahami bahawa di zaman ledakan teknologi maklumat sekarang ini kita seharusnya melengkapkan diri dengan segala pengetahuan yang perlu. Jangan disatu masa nanti kita akan terkial-kial untuk memajukan diri sedang orang lain sudah jauh ke hadapan. Negara kita juga akan terus dikenali diserata dunia jika kita sama-sama berada atau melibatkan diri dalam teknologi maklumat ini.Walaupun kita sebagai Generasi-y yang dikatakan sudah mengetahui atau menguasai teknologi maklumat, kita tidak seharusnya leka dan menganggap diri kita sudah lengkap. Sebaliknya kita harus terus berusaha untuk sentiasa mengetahui perkembangan dalam bidang teknologi. Semoga kita sama-sama dapat merebut peluang yang terbentang luas dalam bidang teknologi komunikasi ini dan terus menjadi satu bangsa yang berjaya.

No comments:

Post a Comment