Wednesday, October 28, 2009

ARTIKEL 6

Tajuk: "Convergence of Voice and Data Telecommunications Transmissions". Ia telah Penulis: Bob Cullen (Vice President, Sales & Marketing. Hollingsworth & Vose Company)

Seperti mana bidang-bidang teknologi yang lain yang sentiasa mengalami perubahan dan pembaharuan bagi memenuhi kehendak pelanggan, perkara ini juga tidak terkecuali dalan bidang Teknologi Komunikasi. Perubahan ini adalah perlu untuk dapat terus bersaing dan memenuhi keperluan masyarakat yang sentiasa berkembang. Kita sendiri dapat melihat dan mengalami perubahannya. Secara tidak langsung kita juga mengejar perubahan tersebut.

Sebagai contoh pada ketika dahulu sebelum syarikat telekomunikasi berlumba-lumba memperkembangkan teknologinya, penggunaan telefon hanyalah terdiri daripada golongan elit atau golongan yang berkemampuan sahaja.Tetapi sekarang setelah teknologi cip yang ternyata lebih murah telah membawa demensi baru iaitu telefon merupakan satu keperluan dan mampu dimiliki oleh semua pihak. Kita sepatutnya bersyukur kerana kemajuan bidang teknologi ini telah member faedah yang besar kepada kita.

Dalam usaha syarikat komunikasi memenuhi kehendak manusia yang tidak terbatas maka berbagai jenis teknologi kuminikasi yang kita lihat sangat maju dan memberi faedah yang besar kepada kita. Maka dapat dikatakan bahawa apabila berlaku penawaran dan permintaan ini maka ia merupakan satu pemangkin kea rah kemajuan teknologi komunikasi.

Penciptaan internet dapat dikatakan telah membawa teknologi ke suatu dimensi baru kerana penggunaannya di kalangan masyarakat sangat meluas. Hampir semua bidang kehidupan sekarang ini melibatkan penggunaan Internet. Seperti dalam bidang pendidikan, perubatan dan begitu juga dengan perkhidmatan di jabatan-jabatan kerajaan. Oleh kerana itu kita dapat lihat jumlah penggunaan internet semakin bertambah sabah tahun.

Dengan munculnya berbagai syarikat menawarkan kemudahan teknologi maklumat ini menyebabkan mereka bersaing member perkhidmatan yang terbaik dan harga yang berpatutan kepada pengguna. Sebagai kesimpulannya kita pengguna dan pemberi perkhidmatan teknologi komunikasi sebenarnya saling membantu dalam mewujudkan kemajuan dalam bidang teknologi komunikasi.

Tuesday, October 6, 2009

Ulasan Artikel 5

Communication Technology Keeps Gettings In The Way Of Communication!
-Helen Wilkie-

Melalui artikel ini penulis cuba mengetengahkan permaslahan atau kesan yang timbul akibat daripada perkembangan bidang komunikasi. Segala kemudahan yang diperolehi daripada perkembangan ini memberikan impak yang tidak pernak kita fikirkan sebelum ini. Sebagaimana yang dikatakan jika Alexander Graham Bell tahu bahawa ini akan berlaku. Beliau mungkin tidak akan mencipta telefon.

Kemudahan E-mail yang wujud sekarang menyebabkan manusia akan berhubung tanpa bersemuka atau dengan kata lain mereka akan menolak untuk bersemuka. Perhubungan tanpa bersemuka ini jika kita amalkan adalah satu cara berhubung yang tidak baik kerana kita tidak dapat menilai keikhlasan orang yang berhubung dengan kita. Ini disebabkan oleh kerana kita tidak dapat melihat air muka atau menilai sesorang daripada bahasa badannya. Berita atau pesanan yang hendak disampaikan juga hanya akan ditinggalkan dalam peti pesanan sahaja. Seolah-olah orang yang kita hendak sampaikan pesanan itu adalag orang yang tidak penting kepada peyampai mesej. Perkara ini jika dibiarkan berlarutan mungkin akan menyebabkan satu masa nanti masyarakat kita akan hilang nilai kasih sayang sesama sendiri dan akan menjadi masyarakat yang hanya mementingkan diri sendiri.

Kemudahan Telefon Bimbit juga dikatakan boleh mengganggu ketenangan orang lain kerana perhubungan boleh dilakukan pada bila-bila masa dan dimana sahaja. pada masa tersebut mungkin individu lain ingin berada dalam suasana yang tenang. Tetapi hal ini tidak diambil kira lagi oleh segelintir masyarakat kita kerana mereka memikirkan bahawa keuntungan adalah lebih penting daripada menjaga hati dan ketenteraman orang lain.

Kemudahan telesidang pula walaupun dapat menjimatkan belanja untuk bermesyuarat di tempat yang jauh. Apa yang kita tidak dapat nafikan ialah bermesyuarat secara terbuka adalah lebih efektif kerana selain daripada membuat keputusan bersama yang baik tetapi ini boleh mengeratkan hubungan sesama insan dan wujudnya kerjasama yang erat dalam sesuatu organisasi.

Semua yang dibincangkan di atas perlu kita renungkan kerana jangan sampai nsatu hari nanti kita kehilangan kemahiran ubtuk berkomunikasi secara bersemuka dan tidak ada lagi perasaan persaudaraan sesama kita. Teknologi adalah sesuatu yang baik tetapi semua itu bergantung kepada kemahiran kita untuk melaksanakannya. "Kita yang membentuk aliran teknologi dan jangan sampai hidup kita dibentuk oleh oleh teknologi yang sedang berkembang."